Aira, 21 | Degree student
| entahlah, tapi degil gila | 
| email: airathegreat@gmail.com |


So lose no heart, nor fall into despair, for you will be superior if you are true in faith [3:137]
[+] Follow

Posted on: Sunday, February 16, 2014 @ 3:01 AM | 0 comment(s)
Perempuan paling.


Perempuan yang kau lihat kelmarin adalah
perempuan yang paling klise, paling sama,
paling tak ada beza, paling biasa.

Yang kau lihat duduk sambil pegang talifon bimbit merah di tangan itu,
adalah perempuan paling tak punya luar biasa,
paling tak miliki nilai sempurna, paling mudah
jumpa dimana-mana.

Jangan kau cari apa-apa dalam dia,
jangan kau gali apa rasa yang dia punya,
 dia perempuan biasa-biasa,
kau takkan jumpa apa-apa.

Mana mungkin kau jumpa apa-apa pada perempuan
yang paling benci homo sapiens dan pada perempuan yang
paling mahu jadi alien.

"Siapa dia?"
Aku.
Tak tahu.


-AO, Perempuan Paling.

Back to top


Copyright ©. Layout by SekarYoshioka. Header : Pixiv and edited by SekarYoshioka. Please view it with Google Chrome 1024*768. All rights reserved.